Thursday, February 2, 2012

''Kisah Si Pokok Apple''




……… “Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok apple yang
amat besar.Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok apple ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan appel sepuas hatinya, dan adakalanya dia beristirehat lalu terlelap di bawah pokok apple tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi 
tempat permainannya. Pokok apple itu juga menyukai anak tersebut. 

 Masa berlalu… anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok apple tersebut. 

Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok apple tersebut dengan wajah yang sedih.

Marilah bermain-main di sekitarku, ” ajak pokok apple itu.
Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab remaja itu.
Aku mahu permainan. Aku perlu wang untuk membelinya ,” tambah remaja itu dengan nada yang sedih.
Lalu pohon apple itu berkata, “Kalau begitu, petiklah apple-apple yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.” 

Remaja itu dengan gembiranya memetik semua buah apple dari pokok itu dan pergi dari situ.

Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok apple itu merasa sedih. 
Masa berlalu…dan terus berlalu….

Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.

Pokok apple itu merasa gembira. “Marilah bermain-main di sekitarku, ” ajak pokok apple itu.
Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina sebuah rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku . Bolehkah kau menolongku ?” tanya anak itu.
Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya...” Pokok apple itu memberikan cadangan. 

Lalu, remaja yang semakin dewasa itu terus memotong kesemua dahan-dahan pokok apple itu dan pergi
dengan gembiranya . Pokok apple itu pun turut gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.

Pada suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok apple itu. Dia sebenarnya 
adalah anak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok apple tersebut. Dia telah pun menjadi dewasa dan semakin dewasa.

Marilah bermain-main di sekitarku, ” ajak pokok apple itu.
Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai perahu. Bolehkah kau menolongku ?” Tanya lelaki itu.
Aku tidak mempunyai perahu untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk kau jadikan perahu. Kau akan dapat belayar dengan gembira,” kata pokok apple itu. 

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok apple itu. Dia kemudian pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.
Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin di mamah usia, datang menuju pokok apple itu. Dia adalah anak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok apple itu.

Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku sudah
memberikan buahku untuk kau jual, dahan-dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat
perahu. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang 
hampir mati…” kata pokok apple itu dengan nada pilu.

Aku tidak mahu buah applemu kerana aku sudah tidak bergigi untuk memakannya , aku tidak mahu dahan-dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana 
aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa 
lelah dan ingin beristirehat, ” jawab lelaki tua itu.

Jika begitu, istirehatlah disisiku,” kata pokok apple itu. 

Lalu lelaki tua itu duduk beristirehat disisi pokok apple itu dan beristirehat. Mereka berdua menangis kegembiraan. Tahukah anda. Sebenarnya , pokok apple yang dimaksudkan di dalam cerita ini adalah kedua ibu bapa kita. Waktu kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka, dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan 
melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup. Anda mungkin terfikir bahawa 
anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pokok apple itu, tetapi fikirkanlah, itulah hakikatnya kebanyakan dari anak-anak muda masa kini melayani ibu bapa mereka.

Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya 
menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun..


Allah SWT berfirman :
“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua  ibu
bapanya, ibu yang mengandungkannya dengan susah payah, dan melahirkan-nya dengan susah payah (pula). Mengandungkannya sampai menghentikan peyusuannnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya
sampai empat puluh tahun ia berdo'a:


“Ya Tuhanku, tunjukanlah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau
berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya
aku dapat berbuat amal yang
soleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku
dengan (memberi kebaikan)
kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri” [Q.S 46:15]..