Friday, December 24, 2010

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Thursday, December 23, 2010

Mangkuk yang Cantik, Madu dan Sehelai Rambut

salam semua..salam sejahtera..selamat malam.. :)
ennahardah(hari ini).. sy juz nak share satu cerita ni..hehe..teruskan bacaan ye..
juz need t0 scroll it d0wn..hehe.. :)

Rasulullah s.a.w., dengan sahabat-sahabatnya Abu bakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan ‘Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. isterinya Sayidatina Fathimah r.ha. puteri Rasulullah s.a.w. menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Rasulullah s.a.w. kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abubakar r.a. berkata, “Iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut”.

Umar r.a. berkata, “Kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.

Utsman r.a. berkata, “Ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.

‘Ali r.a. berkata, “Tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumaHnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.

Fatimah r.ha.berkata, “Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.

Rasulullah s.a.w. berkata, “seorang yang mendapat taufiq untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.

Malaikat Jibril a.s. berkata, “Menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.

Allah s.w.t. berfirman, ” Syurga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat syurga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju syurga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut”.

p/s : SUBHANALLAH~~ ALLAH swt sendiri telah berfirman bahawa tiada sesuatu pun yang dapat menandingi keindahan SYURGA..namun demikian,, muhasabah lah diri masing2..adakah anda benar2 layak utk masuk ke syurga ALLAH swt..(bersama-samalah kita berUSAHA, memperbaiki diri..agar kelak kita juga terg0l0ng dlm g0longan yg dterima utk melangkah kaki ke syurga-NYA)

insyaallh..amiin :)

MABUK DALAM CINTA TERHADAP ALLAH

:) uiksss..dah lame ye xupdate bl0g..hehe..akhir2 ni..sy selalu je buzy ckit dgn pelajaran..so, xsempat nak bukak blog bikin p0st baru..hehe..al maklumlah..semakin hari,semakin banyak yg perlu dipelajari..dihafal..dan diteliti..semuanya adalah atas dasar menuntut ilmu di bumi ALLAH atas dasar bekalanku ke akhirat dan juga ilmu dunia.. tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad~~

hurmmm..sebenarnye..td ada exam 'spotting anat0my'..wahh..gemuruh ar nak jwb soklan yg diberikan..haha..lagi2, praktikal kan..exam ni dilakukan dlm lab n soklan yg ditanya hanyalah identification of bones..n identification of muscle kat b0dy mayat..huhu..first time k0t..patut ar gelabah AMAT99..anyway..ALHAMDULILLAH!! semuanya dah berakhir n sy dah lakukan semampu-mampunya..betul ke salah ke,,semuanya atas kehendak yang maha ESA..at least, i dah berusaha ;)..

s0,,,, arini..sy nak share lah skit suatu crite..crite ni bertajuk 'MABUK DALAM CINTA TERHADAP ALLAH'..al maklumlah..akhir2 ni remaja..para muda mudi sentiasa leka dengan cinta yang dimiliki..namun..adakah cinta yang dimilikinya itu terhadap ALLAH ?? atau cinta m0nyet?? atau??? entahlah..fikirlah sndiri.. dAN ikutilah kisah ini :)

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepadaAllah s.w.t., maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah s.w.t., "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s." Kemudian Allah s.w.t. menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. DemiKeagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah s.w.t., tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia. 3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."


p/s: cinta kepada al-khaliq adalah cinta yang sebenar-benarnya.. ;)

SELAMAT BER'CINTA' dengan yang MAHA KUASA....

Tuesday, December 7, 2010

tRime kaSeh semua


kredit buat kawan2ku..

[ sufia hanim, izazi fakhira n h0usemateku: my aten ]

haha..ade2 je k0rang semua ni..malu aq..
^,^ zzzzzzzzzzzzzzzzzzZZZ....
syukran giddan giddan
prank k0rang semua amatlah dihargai n agak mencuakkan diriku ini..
walaup0n hari kelahiran sebenarku bel0m lg tiba..
tp k0rang dah smbut befdayku..hehe
KEK C0KLAT BEAN KASR AINI n the cutest GIFT>> "LEMBU" that i have.. ..hahhahaaaa

TERIMA KASIH..sekali lg kuucapkan lafaz ni..terima kasih atas ingatan k0rang semua terhadap aq yang kerdil atas bumi yang indah ini...kalau dpikirkan balik..masih bnyak bnda lg yang lebih penting kot yg k0rang kena menghafal..tp.. aq bangga dgn kalian semua kerna, dalam bnyak2 perkara yg dihafal..terselit juga ingatan kalian terhadapku..thanxx s0 much frend...

i'm lucky t0 be frend with u oll..
" THE BEST ACCESS0RIES THAT A GIRL CAN HAVE ARE HER BESTFRIENDS"

p/s : thanxx juge kat farah nabilah yg berada di damardeshhh..haha..k0rang memang la bersekongkong ek..haha..aiyaa~~~ imtinan aka ee juga..trime kaseh atas wish anda..walaup0n bel0m tibe waktunye lg..(f0rth person yg wish befday kat saya)

Friday, December 3, 2010



"In three words I can sum up everything I've learned about life:
it goes on."

h0pe i will be on da right pathway f0r my life...
~~jihadf0rislam~~

Wednesday, November 17, 2010

SELAMAT HARI RAYE SEMUA!!!

alhamdulilah..
setinggi-tinggi penghargaan kupanjatkan kesyukuran..
semalam..
16 JULAI 2010..bersamaan 10 ZULHIJJAH 1431
kami yg berada dibumi perantauan telah selesai menyambut hari raye k0rban..
first time beraya tanpa family kat sisi..
hurmm..agak ar sedeyh..hehe :(

bg ku..aq xrasa macam raye p0n kat sini..hehe..
n sebenarnya aq juz nak share je pengalaman aq raye kat sini..

aq bangun pkul 5.15 pg..n then mandi sunat ari raye..
erm..n then bersiap2 nak g s0lat raye la..
tepat je jam 5.55 pagi..
aq n sufia hanim bergerak ke mahatt0h(stesyen) SAYYEDA ZAINAB..
sbbnye bas tunggu kat sane..so kitorang gerak ke haayu sabi3..
hehe..nak tengok ore sembelih....
unta, kambing, n lembu...
hehe...
nak jadikan ceritanye pulak..
TETIBA...
darah kambing terpercik kat tudung aq....
eeeuuuwwww~~~~
dah la aq pakai tdung warna putih..hishh~~~
apelaaa...
same la sprti yang aq katakan sbelum ni...
sebelum aq melangkah ke tempat penyembelihan, aq pernah menyatakan perkara sedemikian...
hurmmm~~~
dah jd kenyataan kan..
ni laa org kate.. ardhu kinanah~~~
bumi yang mendengar ape yg kita hajatkan~~

hehe..ape2pon...SELAMAT HARI RAYE SEMUA!!!
familyku...kawanku di INTEC...ex-naim 2009...roomateku n kepada yang mengenali diriku.. !!!
daa~~


Saturday, October 30, 2010

:(

sob..sob..sob..sob99...

sedeyhhh..
aq xsangka..mmg xsangka...
astaghfirullah~~
apelah salah aq.. YA ALLAH...
knape aq diperlakukan sbgtu rupa..
kenape??
kenape??
pdhal aku dah sematkan perasaan
KEPERCAYAAN
yg teramat tinggi dlm hati aq
trhdp ahli bait aq...

tp..bet0llah ape yg ma pesan
" ahli bait sdiri p0n jgn pecaya sgt..
kita still xtau haty budi mereka"

s0b9999999..... ;'(

Thursday, October 21, 2010

Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.
Tapi..kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"

Apa masalah kita?

Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.

Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?

Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..

Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.

Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang?
Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...

Tuesday, October 19, 2010

kelebihan berd0a..

Dalam surat Albaqarah[2]:186 : “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.”

Ada 9 petuah Nabi SAW terkait doa:

  1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” [3]

  2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya. [4]

  3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” [5]

  4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” [6]

  5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.” [7]

  6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan: Laa ilaha illallahu wahdahu laa syarikalah Lahulmulku walahulhamdu Wahuwa \’alakulli syaiin qadiir. Alhamdulillah Wasubhanallah Wa laa ilaahaillallah Wallahu Akbar Walaa hawla Walaa quwwata Illa billah (atau lihat tulisan arabnya dibawah: Laa ilaha illallahu wahdahu laa syarikalah Lahulmulku walahulhamdu Wahuwa 'alakulli syaiin qadiir. Alhamdulillah Wasubhanallah Wa laa ilaahaillallah Wallahu Akbar Walaa hawla Walaa quwwata Illa billah) kemudian setelah itu mengatakan, “Allahummaghfirli” atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” [8]

  7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” [9]

  8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” [10]

  9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.” [11]

Wallahu’alam.

Saturday, October 16, 2010

MAYAT??

m0nday ; 11.10.2010

subhanallah..ya rahman..ya rahim..c0retan ini khas utk aku critakan xperience aku..di mana suatu ketika dahulu..aku pernah teramat-amat menginginkannya..n hari ni..aku dah dpt melihatnya..dengan mata aku sendiri..at first, i d0n't believe 0n what i have seen..k0rang rase..ape yg aku dah lihat arini?? haha...nak buat suspen..tp xjadi suspen p0n...hehe...nvm~~ =)

sebenarnya..aku juz nak crite pengalaman aku tg0k "MAYAT"..hehe..ni lah..klau cita2 dah nak jadi d0kt0r..so maen2 mayat ni bnda biase..xheran p0n..hurmm..hehe..tp..td aku tg0k seorang mayat hamba Allah ni, disiat-siat2 kulitya....(disiat???..ishh..kasar la pulak prkataan ni..hurm..ape ek yg maknenye sme dgn siat..:S..erm..ape2 je lah...hehe)~~aku bukannye terr0r sgt bhasa mlayu ni)..ape yg aku nak maksudkan ialah; as a human being, of c0urse..we have skin ..the skins that surr0und our b0dy n it c0nsist b0ut a few layers..n td ade lah beberapa org 'dr' yang buang kulit mayat tersebut..aku tg0k di0rang buat dengan mata aku sendiri..aku berdiri juz beberapa sentimeter je dari di0rang..fuiy00oo...amazing~~

PERASAAN AKU WKTU TU:

~~terkejut~~tako00t~~ kagum~~ sedeyh??~~ hepi??~~ n ++++++++++...ntahlah...xtau nak btw mcm mane..
(tp..terdetik sesuatu dalam hatiku.."xsakit ke mayat tu??..ya ALLAH..seksanya dia ya ALLAH"..i'm speechless f0r a m0ment)..

hurmmm..aku sengaja menyedapkan hatiku kembali.." xpe...niat kami semua ni..utk belajar..nak gain kn0wledge..bukannya nak seksa dia p0n..hehe"

erm..ahaa..satu lg aku tg0k..dr tu buang kulit mayat tu kan..dgn hati2..spaya musle mayat tu xtersiat sekali..klau x..xc0mplete la..ape yg kit0rang akn belajar 9t..tp cuba ar k0rang bayangkan..semua kulit disiat n hanya tinggal muscle je yg menyelubungi tubuh..seperti lembu yg disembelih ketika raya k0rban n disiat2 kulitnya..n seperti itulah ia..BAUNYA...masyaallahhh..ntahlah...walaup0n dah diawet dgn f0rmaline..tp al maklumlah...k0rang pon tau kan..bau bangkai mcm mane,,xb0leh ak describe laa..xreti.. :S
n then..kit0rang sebenarnya belajar pasal BONE tau..ermm..upper limb bone..kit0rang blajar pasal scapula..clavicle..humerus..ulna n radius.. bone yg digunakan tu..mmg real bone ar..fuiyy00ohh...haha..aku try ar pgang bone tu..hurm...no feeling..tp..busuuukk gler..hehe.. :D

SCAPULA..ape yg ade kat scapula?? structure n its name..p0sterior..anterior..medial b0rder..lateral b0rder..superior b0rder..superior angle..inferi0r angle..glen0id cavity..acromion..c0racoid process..spine..acr0mioclavicular joint..n soon..smuanye kene a'rif tau..kit0rang akan ad practical exam 9t..

hahahah..HAHAHHA..ape yg lawaknya..mase DR tu menerangkan structure2 kat b0ne tu..ade lah..seorang hamba Allah ni..ntahlah..wat malu je..org laen tgh c0ncentrate..dia 'dot..d0t..dot.." hehe..(pdhal kwn aku sdiri)..hehe...dial0g aku n hamba Allah tu:-

**** : eyh..zafirah..zafirah...n0k pengsan eyh...
me : bakp0 pulok??? eyh... **** ni..ap0la.. jgn duk wat gtu gak..
**** : eyh..zafirah..jom tubik meta..cepat ar..nak munt0h doh ni..nak pengsan etep..
me : h0k alooh..hishh...budop ni..ap0laa..jgn duk wat gtu..( ulang ayt td n sambil pegang tngan **** berjalan kluar )...
diluar...
me : aih...**** ni..ap0la..nak jd dokt0r gano..baru mayat tuh..
**** : hahahhaha...(suke2)..hehe..xtau laa..tib02..jd sakit perut la..nak munt0h laa..nak pengsan la..hurmm..pdhal mase tg0k mayat ken0 siat td xdop gapo pom...
me : hurmm..nah amik ubat cap kapak ni..(smbil hulur ubat)
**** : hehe..(smbil sapu ubat kat hidung..nak hilangkan bau f0rmalin yang terrrrr..amat lah kuat baunya)

{ n **** btw..mase dio ajak aku kluar td...dia dah nampak bintik2 dah kat mata dia..fuh~~naseb baek la aku ni bertimbang rase..teman dia klar kejap..klau x..ad0 lah h0k ken0 usung wat tubik luar nanti..haha } hehe :D

after a few minutes..kit0rang pon masuk balik lab tu..hehe..daa okay!!!
.....ok lah..stakat ni je c0retan aku kali ni..okay,,nyte oll....
ASSALAMUALAIKUM~~ =)

p/s : aku slalu je kumpul experience2 aku kat bumi anbiyaa' ni n baru p0st..hehe...almaklumlah..internet..kadang2 ada..kadang2 xde..hehe... peace =)

Friday, October 8, 2010

;)






5.10.2010 ; TUESDAY

ALHAMDULILLAH...tepat jam 4.00 petang,,,kami semua habis kuliah...semua pelajar cair0 u berasak-asak ke pintu keluar u...semuanye menuju ke haluan masing2..n aku, sufia, dan semestinya fatin..berjalan keluar dr pintu besar cair0 u..kami plan nak pergi ke "funduk 4 seas0n".. dimana kat sane, ada suatu tempat yang bernama ARAB_AFRICAN INTERNATI0NAL BANK,,dan kemungkinan besar peluang utk kami; yang kesuntukan wang ini dapat menukar ours tc...langkah kami diatur dengan perlahan2 menuju kesana dan sentiasa diiringi d0a dr dlm hati..supaya kami diterima...amiinn~~

sesampainye disana..ak bertanya pd pak guard yang ada kat situ..al-maklumlah..h0tel tu bes0r...banyak pintu masuk..mane satu pon xtau klau xtanya.. "arab african international bank feen??"..haha...cakap arab..pastu..pak guard tu pon bgtau laa..haha...yang lawaknya..kami xpaham apa yg dia bgtau...ngeheheehhee...xcekap ag nk tangkap apa yg diorang cakap..dah ar akap laju..hishh...yang pastinye...dia kata.."fi syimaal"...sebelah kiri..
s0,kitorang pun jalan laa...sambil tengok sebelah kiri..kot2 ada bank..ngehehe..pastu..jumpelah satu bank...tp xsure ape name bank tu..kit0rang pon masuklah..rupe2nye bank CIB BANK..tunguu..tunguu..n tungguu...sampailah no giliran kitorang dipanggil..n kami pon tanyelah petugas bank,,samada kit0rang boleh tukar tc kat citu...tp malangnya...dia suruh pergi TH0MAS BANK..hurmm..kami pon keluarlah..sambil mata liar menari arab african..........bank tu...hmmm...kat mane ek...jam dah menunjukkan pkul 4.30 ptg...haiyyaa~~dah hampir malam ni..

jalaan..jalan..n jalan...n akhirnyaa..kit0rang jumpa satu lg pintu masuk..masuk lah kamii kedalamnya..pastu kitorang pun tanye..guard " scanner" yang ad kat situ.."may i know where the arab african international bank??"..dia pon cakaplah.." u take the escalat0r..n the bank is on the left"..kami pon cakap laa "syukran"...hehe...hati semakin hepi...sebab insyaallah kami b0leh tukat tc arini...yeay!!..

kami p0n masuklah dalam bank tu..n cakap nak tukar tc....dia pun mintak ar tc,passport..n resit yg JPA bg skali dgn passpo0rt aritu..everything cukup..hurmmm..org bank tu pon tilik la kami punya tc..n check no passport,,no tc, n signature kat tc n passport..same ke tak...punye la lame...kami pon dah naek gelisah...tp akhirnya...aku n sufia berjaya tukar my tc..aku tukar tc tu dalam giniih terus..n sufia ke d0lar...tp chargenye..lebeyh kurang je..xbanyak beza...tp..malangnya..fatin..still xleyh nak tukar dia punyee tc c0z signaturenye kat tc n passp0rt berbeza..dia xterima..huhu..kecian kat aten...huhu...kene pegi TH0MAS BANK jgak ar..hmm..


alhamdulillah~~akhirnya...impian aku nak beli buku..nak bayar hutang..bayar sewa rumah..daaa tercapai....alhamdulillah~~dlm pkul 5.30 pt, kit0rang pun bergerak pulang...huh!! daa nak maghrib...kene jalan cepat2...9t daa malam, bahaya jalan bertiga je ni...huhu...hari pon daa semakin gelap..matahari dah tenggelam..
berjalan laahh..kami pulang dengan haty gembira..n sejuta kesyukuran kupanjatkan kepada ALLAH....kerana ini adalah kali keenam kami ke BANK utk tukar tc tu..huhu...syuukurr...

p/s: dalam perjalanan pulang..aku beli fatirah sukkaarr~~hehe,,tibe2 rindu kat malaysia..n rase nak mkn r0ti canai..fatirah sukkaar tu same la macam r0ti canai kat mlysia...tp xsame sgt..sedap yg malaysia lagi..hehe..50 pound je utk satu...hehe ;)


6.10.2010 ; WEDNESDAY

hehe...yeay!!arini cuti...s0, cuti kami minggu ni 3 hari...hehe...sukenyee..n hari ni...aku dapat pelawaan akak2 seni0r tahun 3 n tahun 4..di0rang ajak kami...naik b0at melalui sungai nil...subhanallah~~ SUNGAI NIL..sungai di mana suatu ketika dahulu pernah surut n rakyat2 mesir ni gelisah dengan surutnye sungai tersebut..so..ada seorang hamba ALLAH ni..menulis sepucuk surat utk sungai nil.. (lupe la ape isi surat tu...hehe)...lepastu...surat tu pun dilemparkan ke sungai nil...dengan kehendak ALLAH S.W.T..sungai nil kembali mengalir seperti sediakala...rakyat2 mesir pon gembiralah.. {p/s: lebeyh kurang laa..critenye mcm ni..} ;)


so..kami diminta berkumpul jam 5.30 pagi..punyelah liat badan aku nak bangun dr tid0r..huhu..ape laa nak jadi dgn budak name zhafirah ni..hishh!!... hehe...tp pkul 5.30 pg tu..hari dah cerah tau...xsame mcam malaysia..hehe.. berjalan lah kami ke tempat perhentian b0t2 di sungai nil...kawasannye dekat je dengan h0tel 4season..urm...sejuk giler angin pagi...bestnye..alhamdulillah~~ fikiran pon melayang~~indahnye bumi mesir ni...syukurr aku dicampakkan ke sini...banyak faedahnye..mungkin pd permulaanya..penerimaan aku terhadap negara mesir ni..bukannye ke arah positif..hehe.. ;p

kami dibahagikan kepada 3 kumpulan utk 3 b0t yg disewa..akak2 telah menyiapkan sarapan kami..utk bekalan dlm bot..hehe..bestye!!..kami juga dihidangkan dengan santapan r0hani..dimana..kami menghayati surah ad-dhuha..almaklumlah..ketika tu...waktu dhuha..dlm pkul 8 pg..aku membaca terjemahannya secara lantang..supaya semua 0rg dapat dgr ape yg dimaksudkan dgn surah ad-dhuha tu..n akak2 seni0r..mengemukakan pandangan di0rang masing2..hurmm..alhamdulillah~~aku masih lg berada dalam majlis ilmu..walaupon kami sekarang ni sedang bersiar2..melihat pandangan dan menghayati alam..dan ciptaan-NYA yang maha kuasa..

lebeyh kurang sejam kemudian..kami pon turunlah dr bot..turunnya kami dr bot tu..sebenarnya..diri aku dan kawan2 ini telah diisi dengan santapan r0hani dan jasmani..alhamdulillah...syukur~~sesudahnya bergambar sesama kami,,kami pon bergerak pulang ke rumah masing2..
aku singgah rumah fatin kejap..ym dgn che wah..hehe..sukenye ;)..tp ma x 0n9 pun tyme tu..huhu..lebeyh kurang jam 4ptg..aku pon pulanglah ke rumah..hehe..

sesampainye kat umah..sesuatu yang teramat2 pelik berlaku..aku tiba2 teringatkan beg lapt0p aku..aku mencari merata-rata ...tp still xjumpa..aikk!! peliknye..sape yg ambik ni??? pinjam ke??? sape??? sape??? yang anehnye..buku arab n biskut aku yang dah dimakan ..ada kat luar..sebenarnye ada dalam beg tau..aiikkk!!!!...peliknye...ahli bait aku pon xtahu...di0rang xtau ape2..kemana hilang ni????? semalam ade je..aik..
aiya...

habis je masalah tukar tc..datang masalah laen plak..huh!! memang mencabar ar...memang betul2 mengajar aku erti kesabaran dan ketabahan...subhanallah~~
sampailah hari ni..9.10,2010...y00mil gama'ah..(hari jumaat) beg aku still xde..xjumpe..bukannya aku salah letak..tp memang xde..hilang dengan sendirinye..hurmm~~

p/s: arini..aku b0ley on9 kejap je...ym n ber'skype' nge ma n adek2..hehe..hepinye..kuluahkan segala yang ada dlm hatyku..hehe..hepii dpt tg0k muke ma n adek2... ;D

Tuesday, October 5, 2010

:)

30.9.2010 ; THURSDAY

ALHAMDULILLAH..genaplah 6 hari aku berada kat rumah aku sndiri..n hari inilah hari minggu bg kami..batch 2010..tahun pertama..khamis n jumaat..
so. td kit0rang planning laa nak pergi tukar traveller's check..aku,fatin,sarah naek METR0 pergi ke sadat..dimana..disana ada suatu kawasan yang bernama tahrer.. n disanalah ada AMERICAN EXPRESS.. n ada bank TH0MAS..juz dua tempat ni je yg menerima pertukaran tc kami int0 USD..tapi..malangnya..
sesampainya kat TH0MAS bank..di0rang sudah xlayan kami..di0rang kata service smpai pkul 12,00 tengahari je..tp..time tu..jam baru je menunjukan pukul 11.30pagi..tapi kit0rang disuruh keluar dr bank tersebut..cis.. itulah perangai sebenar pak arab..xramah langsung..dah la cakap p0n..putar belit..huh!! sabar je laa..n kat AMERICAN EXPRESS plak..di0rang bg alasan 'duit d0lar dah habis"..huh!! alasan semata-mata..
di0rang ni xvbertimbang rasa langsung..aku ni KESUNTUKAN WANG!!!
[ aku nak beli buku..nak beli barang keperluan hiduo aku]..mana lah aku b0ley hidup..klau kat tangan aku xde wang langsung..SUBHANALLAH~~ t0longlah aku ya allah~~ permudahkanlah segala urusan hidup aku..aku hanya hambamu yang lemah..yang masih mentah utk menjalani hidup di bumi ardhu kinanah ini,ya ALLAH..

s0.dengan berbaki wang beberapa giniih..aku dan kwn aku pon..pergi lah mengisi per0t..per0t yg sudah berker0nc0ng.. n then..kit0rang jalan2 kejap..n pulanglah kami ke rumah dgn planning utk tukar tc aku..musnah..hancur lebur..impian aku nak beli buku hari sabtu ni pon..hancur..nak pinjam duet kwn2 pon xtergamak..hurmm..(hancur...hancur..semuanya hancur)))))))))))))) aaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrgggggghhhhhhh....
ASTAGHFIRULLAH HAL AZIIMM~~berderai air2 jernih di pipiku..

sempat juga aku singgah kat umah fatin..hmm..klau balik umah pon..duk s0rang2 jgak..roomate aku pergi city star,,sh0pping k0t..aku xikut di0rang..malass!!so..aku on9 laa..guna lappy aten...hehehehhehe..ye laa..al-maklum lah..rumah ku xde internet lg..huhu..
n..mungkin juga rezeki ku...sempat juga aku ber'skype' n ber'ym' dgn sdara mara aku..n yg penting skali..dapat tg0k wajah ma,,abah..n adek2 ku kat MALAYSIA..alhamdulillah~~

Saturday, October 2, 2010

jihad menuntut ilmu..

WEDNESDAY; 22.51 PM
L0CATI0N : CAIRO,EGYPT (DLM BILIK; RUMAH KAWASAN ABURISSHH)

assalamualaikum w.b.t...bismillahirrahmaanirrahiimm..ku mulakan bicara c0retan hati aku kali dengan lafaz syukur ke hadrat illahi kerana aku masih dberikan waktu dan kudrat serta kesempatan utk aku coretkan serba sedikit kehidupan aku di bumi anbiyaa' ini..ardhu kinanah dan juga dikenali sbgai bumi 'masin'..

apa yg dimaksudkan prkataan "masin" itu, ialah dimana ALLAH senantiasa memakbulkan d0a hamba-hambanya...INSYAALLAH~~

sudah lama kurasakan bl0g aku ini tidak berpenghuni..sejak aku meninggalkan tanah airku..MALAYSIA,,FAMILY KU,, negeriku KELANTAN..ketika jam aku berdetik menunjukkan pukul 5.30 pagi, 18.9.2010, KLIA..sejak hari itulah..aku x upd8 bl0g aku..mungkin itu disebabkan aku masih terpinga2 di bumi anbiyaa' ini..tdk menemui wireless..buzy dgn minggu orientasi..n kuliah aku kat cair0 university..

sebenarnya..aku ingin berk0ngsi serba sedikit pengalaman aku ketika mulanya aku menjejakkan kaki di bumi ardhu kinanah ini..
ramai seni0r2 yg bertanyakan aku.."apakah perasaan adek pabila tiba di bumi mesir ini,, dan apakah harapan adek selain utk blajar medik?"
terus terang kunyatakan..perasaanku ketika mula2 mendarat dibumi ini ialah..pertama2nya..aku berasa teramat kagum kerna aku sudah mencapai sbhagian drpd keinginan aku utk menjelajah ke luar negara..ALHAMDULILLAH kupanjatkan kesyukuran kerna aku diberikan peluang utk menjejakkan kaki serta melangkah di bumi para anbiyaa' ini..namun demikian..aku juga turut terkejut dengan keadaan masyarakat di mesir..kehidupannya..persekitarannya..makanan yg dijualnya..dsbgnya..SUBHANALLAH~~ xterkata2..

bukannya apa..'culture sh0ck' laa katakann..keadaan persekitaran bumi disini amatlah berbeza..d0if..bngunannya tdk bercat..smpah sarap merata2..debuan pasir berterbangan menghiasi bumi mesir ini..pak arab n mak arab yg sihat2 semuanya..kedh0ifan kenderaannya..kereta kuda..keadaan cuaca yg panas kering..bau persekitaran yg xmenyenangkan..dan banyak lagi..namun..subhanallah..masyarakat disini tetap tabah menjalani kehidupan mereka dari hari ke hari.. yang paling mengagumkan aku ialah..keadaan jalan rayanya..n0 traffic light..tp jarang kemalangan...tp kalau di MALAYSIA xde traffic light??? ape akan terjadi?? **fikirkanlah**

kalau k0rang nak survive kat mesir,,aku cadangkan ar..korang semua kene bersedia mental n fizikal..kalau tak,, baik balik malaysia je laaa..
minggu first..kit0rang ada orientasi..5 hari..n then ada jaulah ke piramid,kubu salahuddin,makam imam syafiie..best ke tak?? b0ley tahan laa..seminggu ni..kitorang still diiringi seni0r2..mkanan disediakan..n masih bwh jagaan laa..so. kit0rang xterfikir sgt la pasal c0mmunication dgn penjual2 arab n duit2 'giniih' ni..

tapi selepas berakhirnya PSMB tersebut..kitorang dipindahkan ke rumah penempatan tetap kit0rang..ada yg menetap di sayyeda zainab, imarah 11, kawasan aburishh n lain2..
AKU menetap di ABURISHH..dekat je dgn imarah 11 n sayyeda zainab..bersebelahan je..
kit0rang start kuliah hari sabtu..25.9.2010.. dr aburishh ke cairo u..kitorang jalan kaki je..nak kate dekat, xde lah dekat pon..nak kate jauh..agak la jauh..tp 20 minit je boley smpai..kalau jln cepat2 laa..bukannya melenggang..fuuhh!! hari2 jln kaki..b0ley kurus ni..ngehehehehe..

k0nflik yg aku alami masa minggu first start kuliah ni,, KEKURANGAN WANG..bukannya kurang...satu giniih pon xde..ape kes..org laen semua da beli buku..beli mkanan..beli brng keperluan n mcm2 laaa..aku>>..............
termangu-mangu..xtau nak wat ape..buku xley nk beli..itu xley..ini xley..hurmmm..mmg kene t0ugh giler ar time tu..rase nk baliik malaysia pon ade..huhuhu..nseb baek roomate aku (SARAH NAQIYYAH) bg pnjam duit die..kalau tak,, tak survive la aku kat sini..bnyak jgak ar aku pinjam..150 usd,utk perab0t rumah..,dan menjadi tanggungjawab aku utk bayar balik..

rumah yg aku diami skarang ni brada ditingkat 9..naseb baek ada lif ..huh!!kalau x..habis la patella lutut aku hancur..hehe..sesetengah imarah,,xde lif tau..lg ter0k dr aku la..syukur~~alhamdulillah~~tapi..bilik aku..fuh~~panas giler...meruap-ruap haba..pancaran mentari terus menembusi tingkap bilik aku..n mungkin jga disebabkan rumah aku paling atas k0t..huhu.. h0usemate aku :

KAK AZAH :TAHUN 6, CAIR0 U

KAK IZZATI :TAHUN6 ,CAIRO U
KAK NAZIRAH : TAHUN 2 ,CAIR0 U
KAK RUBY : TAHUN 4. CAIR0 U
SARAH (CLASSMATE KAT iNTEC)
AND...
AKU..

Thursday, September 9, 2010

raye :)

selamat hari raya!!!!

maaf zahir batin :)
andai kata tersalah bicara..
1 syawal...
Align Center


Kepada petrakhus designer kad di atas, saya mohon izin amik pic awak nie yer. thanks a lot. even tak kenal, hopefully semoga bahagia selalu hendaknya.

Aidilfitri merupakan hari kemenangan buat umat Islam. Allahuakbar!

Assalamu’alaikum WBT....

persiapan Hari Raya kali nie semoga semuanya cukup dan sempurna. kami hanya besederhana..Korang pulak macamner?

pertama-tamanya..ku ingin meyusun jari jemariku mem0hon maaf kpd teman2 yang mengenali diri ini..

  • teman TADIKA YAAKUBIAH
  • teman SKKK1
  • teman SMKA NAIM LILBANAT
  • teman PLKN MERANG SURIA H0LIDAY CAMP
  • teman INTEC UITM SHAH ALAM
  • GURU-GURU YG PERNAH MENDIDIK DIRIKU INI
  • AND...
LASTLY...MA N ABAH..ADEK2..ABG..( ee mintak maaf bnyak2..andai diri ini pernah melukakan hati k0rang semua....al-maklumlah..kdng2..kite xsedari kslahan yg dilakukan...f0rgive me..)

Oh yer, mohon maaf zahir dan batin kepada semua stalker dan blogger yang singgah di blog saye ini sekiranya ada salah silap dari segi tutur bicara dan sebagainya. Semoga Aidilfitri kali ini lebih bermakna daripada yang sebelumnya. Okay, hati-hati balik ke kampung.

Yang penting, come back in one piece!~


Tuesday, September 7, 2010




having a new handy cam..teramat2 lah suke..yeay!! dah lame tunggu..akhirnya..i g0t it..handy cam ku warnanya biru..same sebijik macam gambar kat sebelah..yeayyy!!! hepinye...

Wednesday, September 1, 2010

freiNDs..


"Gelagat manusia itu lucu, bisa berubah mengikut waktu". Maksudku mudah. Bukanlah tatkala waktu itu berubah, Sang Insan berubah. Namun, dengan perubahan masa itu, manusia bisa bertukar darinya yang dulu seorang yang ceria kepada seorang insan yang sering gundah gulana. Mengertikah manusia ini yang sebenarnya dunia ini bukanlah hanya didiami kau sahaja. Sahabat rakan dan juga teman, pendengar setia peneman bicara. Apa semua itu hanya kata-kata? kata2 mainan di mulut??

Aku juga manusia biasa. Aku bernafas seperti kamu, bukan dengan kulit mahupun insang. Hidung ini lah yang membantuku menyedut udara kotor, berhabuk tetapi bertujuan membuat paru-paruku berfungsi membekalkan oksigen untuk tubuhku. Tapi, pemikiranku agak lain. Aku melihat sesuatu mungkin dari sudut yang kadang Kau tak sedar akan kewujudannya. Kata orang barat,
when life gives you lemons, you make lemonade. Ada hikmahnya sesuatu itu berlaku. Dan ketika Kau memutuskan bahawa dunia xlagi menyiksakan, maka dengan itu kehidupan kau kan lebih bahgia, mulia dan penuh bermakna.

"Manusia diciptakan dengan berbagai-bagai rupa dan character...Tetapi disebabkan character setiap seorang itu berbeza dan mungkin begitu complicated untuk memahami jiwa raga orang yang berkenaan, membuatkan pihak yang satu lagi ini terasa. ...Bukan tidak cuba untuk memahami. Bukan tidak memberi ruang....Bukan mementingkan si abu daripada si ali. Bukan tidak cuba bergelak ketawa. Bukan itu. Bukan ini. Tetapi itulah yang disebutkan perangai seseorang kadang-kadang boleh membuatkan hati-hati kecil insan yang bernama manusia hancur"

Bukan. Aku bukan mentayakan perkara sia-sia. Aku bukan merepek. Cuma, aku mengatakan dengan cara yang lain. Lihatlah dunia dari sudut yang positif. Be a positive thinker. Mungkin kau tak mampu menerimanya sekarang, namun tatkala dunia mula meletakkan kau didalam sebuah balang kaca yang sekilingnya dinyalakan api kemarahan, yang ditepinya dipenuhkan dengan semua perkara yang kau benci, berhentilah seketika. Tenangkan fikiran...fikirkanlah sejenak. Apa yang kau rasa? Apa? Apa? Benar, Sekurang-kurangnya, kau di dalam balang kaca itu. As much as you hate to be in that jar, be grateful enough that you are n
ot more out there. Having to be around the things that make you even more uncomfortable. Be An Optimist! Enjoy life but live life accordingly...
before i go on crapping about more things. I might as well just stop and end it with the quote i love..."You are what you think you are and you are The Person who will get you kill or be killed."

Tuesday, August 31, 2010

ramadHaN :)



salam..salam satu malaysia..selamat pagi..salam buat semua yg mngenali diri ini..

alhamdulillah..termasuk hari ni..31.8.2010,21 ramadhan..sedar, xsedar dah masuk 21 hari sudah kita berpuasa..tinggal lagi 9 hari..syahru ramadhan akan meninggalkan kita..bermuhasabah lah kalian..
"adakah kita masih dberi peluang utk menjalani ramadHan seterusnya??? "
“ Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan
Ramadhan.”

Kita juga bersyukur kerana malam ini kita dapat bersama dalam majlis solat terawih,
salah satu sunnah yang amat diberatkan di bulan Ramadhan. Semoga Allah memanjangkan umur kita bagi memperoleh segala keberkatan Ramadhan dan mengekalkan kita dengan iltizam dan komitment kepada solat terawih.

Rasulullah (saw) diriwayatkan sebagai bersabda ketika menjelang Ramadhan
bermaksud:
“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke
atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan
ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan.
Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia
rugi.”

(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)

Pengumuman ini membayangkan bahawa kedatangan Ramadhan adalah satu peristiwa
yang amat bermakna bagi mukmin. Puasa pada siang harinya adalah salah satu syi’arnya
yang penting. Tetapi bukan itu sahaja yang terdapat di bulan ini. Adalah rugi kiranya kita terlepas dari mendapat manfaat dan keberkatan lain yang begitu banyak di dalamnya.

Rasullullah (saw) menegaskan bahawa Ramadhan bukan sahaja bulan kita berpuasa
tetapi ia datang dengan penuh keberkatan, yang mana jalan untuk beramal begitu luas
terbentang, jalan untuk mendapat pahala berlipat ganda dipermudahkan, jalan ke arah
dosa dipersempitkan. Ini merupakan pemberian Allah yang tiada-tolok bandingnya.

Friday, August 27, 2010

mem0ries at INTEC



ASSALAMUALAIKUM n SELAMAT PAGIII...

hahakhak..bukan main ceria ek...bngun je pagi2 trus nak tulis bl0g..hehe..
sebenarnya, aku nak btw ar skit kat korang..mem0ries aq kat tmpat aku blaja selama 4 bulan..aq dpt k0l dr jpa pd 16.8..n tepat je ahad,18.8,pkul 8.00 pagi kene dftar diri kat INTEC,,dlm mase 2 hari je..everythim settle..
ok la..coretan ini aku lakarkan dr hati aku sendiri..life aku kat intec..so, xde la aku rndu sgt2 kn.. straight t0 the p0int,inilah 'hidupnya se0rang aku di INTEC"...

5.30 a.m
ha'ah,,m0stly,masa ni lah aku bangun tiap2 pagi..bangun,mandi..

5.55 a.
m
tepat je jam 5.55 a.m, berkumandanglah azan di sekitar kawasan seksyen 17.k0lej cemara..
aku trus je s0lat n baca al-Quran skit..orang kate "sikit2, lame2 jd bkit tau.."hehe..kdng2 s0lat hajat..n then aku study skit..n prepare breakfast..aku juz makan r0ti n air mil0 je..time ni la..barulah r00mate aku sedar dari lenanya...

7.15 a.m
aku siap2 g INTEC..awal2nye, aku selalu tunggu sep2 naim...pya.ira,farah,aten..ckup je di0rang, baru gerak g kat bas..selagi xcukup,selagi tu kami akan tunggu..tp yg selalu trun lewat ialahhh..farah n sepiah..hhahahaha..ape laaa..tp last2,aku pergi dgn siti je..sbb di0rang semakin lame,semakin lambat..siti?? sape??? oo00wwhh..ct tu classmate aku la..kami kenal masa program pendedahan kerjaya kat HRPZ 2..se'group'..ukhuwah kami mmg rapat ar..sampai ad 0rag kate,,"eyh,korang ni skolah skali ek??"..hehehe..tp ct sk0lah batu rakit..bukan NAIMIANS laa..

8.00 a.m
aku smpai je intec..trus masuk keelas...mula2..kami ada kelas..tp..masuk je bdak2 a-level..kelas kami dah kena r0mpak..so, floating la kami sekelas..lenguh kaki2..nak gerak tiap2 hari..f0r da first time..aku agak terkezut ar cara blaja kat INTEC ni..blurred~~
lecturer masuk je kelas..bg lecture..n then kluar..aku terpinga2..dlm keadaan xphmnye..
ooo..patutlah..abah n ma pernah pesan.."study lekl0k..care blaja,,dah xsama tau..bukan mcm kt skolah lg..everythim kena usaha sendiri...."

~~setiap hari..mcm ni lah~~~~~
trigt je kat ustazah r0kiah (intr0duction to islam n medcine), ustaz wan ismail ( civilization in medcine), miss fatiah (physiology, miss izzati (bi0logy), mem mimi (bi0chemistry), miss aqila ( english), ustaz faisal (arabic), n last but n0t least mem mudy (c0mpuyer literacy).....

4.00 p.m
smua lcture dah habis, so..apelagi..BALIIIKK!!..yeeehhhheee,,,
fuh..penat gler...kdng2..balik je..trus lena,,hehe...padahal duk dlm kelas pn dah lena..:s

6.30p.m
kami (bdk2 ribena naim)...siap2 nk pergi cari makan la...makan malam..

7.15 p.m
azan maghrib kedengaran...trus solat maghrib, solat hajat n lastly baca Quran..
n dgr je azan isyak..trus solat isyak.. :) settle dah bab solat ni..heheheee

9.00 p.m
aku start bukak buku..revise balik..buat kerja rumah..on9...sampailah aku rase mate aku rabak nak kena rest...
so, aku pn tdur kejap..sambung balik..esok..

~~tamat~~~


(
haha...meleret2...) so, ni lah kisah hidup..berhari2 di INTEC..seorang gadis bernama WAN ZHAFIRAH NUR HASYA WAN HILMI...kenangan~~~

"walau setinggi mana pun kita berdiri atau sejauh mana pun kita melangkah..kita sebenarnya hanyalah seorang hamba Allah yg belajar berjalan setelah puas merangkak dan bertatih"..