Thursday, December 23, 2010

MABUK DALAM CINTA TERHADAP ALLAH

:) uiksss..dah lame ye xupdate bl0g..hehe..akhir2 ni..sy selalu je buzy ckit dgn pelajaran..so, xsempat nak bukak blog bikin p0st baru..hehe..al maklumlah..semakin hari,semakin banyak yg perlu dipelajari..dihafal..dan diteliti..semuanya adalah atas dasar menuntut ilmu di bumi ALLAH atas dasar bekalanku ke akhirat dan juga ilmu dunia.. tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad~~

hurmmm..sebenarnye..td ada exam 'spotting anat0my'..wahh..gemuruh ar nak jwb soklan yg diberikan..haha..lagi2, praktikal kan..exam ni dilakukan dlm lab n soklan yg ditanya hanyalah identification of bones..n identification of muscle kat b0dy mayat..huhu..first time k0t..patut ar gelabah AMAT99..anyway..ALHAMDULILLAH!! semuanya dah berakhir n sy dah lakukan semampu-mampunya..betul ke salah ke,,semuanya atas kehendak yang maha ESA..at least, i dah berusaha ;)..

s0,,,, arini..sy nak share lah skit suatu crite..crite ni bertajuk 'MABUK DALAM CINTA TERHADAP ALLAH'..al maklumlah..akhir2 ni remaja..para muda mudi sentiasa leka dengan cinta yang dimiliki..namun..adakah cinta yang dimilikinya itu terhadap ALLAH ?? atau cinta m0nyet?? atau??? entahlah..fikirlah sndiri.. dAN ikutilah kisah ini :)

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepadaAllah s.w.t., maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah s.w.t., "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit. Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s." Kemudian Allah s.w.t. menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. DemiKeagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah s.w.t., tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia. 3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."


p/s: cinta kepada al-khaliq adalah cinta yang sebenar-benarnya.. ;)

SELAMAT BER'CINTA' dengan yang MAHA KUASA....

No comments: