Sunday, May 29, 2011

why do we need to read AL-QURAN, even we can understand arabic..??

assalamualaikum wbt..

hatiku terdetik utk menaip post ni 
bila ada seorang hamba ALLAH ni bertanya," KENAPA KITA PERLU BELAJAR YE..??"..
(pertnyaan ni diajukan bila my mentor tanya ada soalan lagi..?? nak tanye ape2 ke..?? xberkaitan dgn pelajaran pun xpe..)
memang, bila first time dngr dia tanya soalan tu..rasa macam $#$$$$!!!

"alaaa..leceh ar soalan..xkan xtau lagi kot..dah 11tahun belajar..xkan xtau lagi kot utk apa kita belajar sebenarnya...6 taun sek rendah..tambah lagi 5 taun sek men,, xtermasuk blajar kat tadika lagi kan..ape punya soalan laa..",hati kecilku berkata.

hey..hey..hey...
judge yourself okay..
tapi..
bila difikir-fikirkan balik soalan yang diajukan tu,, tetiba my mind was stucked..
i don't know why..

benar,, kita belajar adalah untuk menuntut ilmu, dan mungkin juga ia adalah tanggungjawab bagi seorang muslim_bukan senang nak jaga tanggungjawab ni kan.., dan mungkin jua kita belajar ni sebab nak jadi doktor,engineer n etc, ada juga yang menyatakan belajar ni kan jihad..tp depend on niat korang laa.. =)
semua jawapan kat atas ni betul..langsung xde salahnya [ni jawapan dr kanak2 riang..my mentor senyap je]

tiba2 my mentor pun bersuara,,
dia kata,"sebenarnya, dalam hidup kita ni..semua benda kita kena belajar..xkiralah benda simple ke, benda besar ke..ape2 ke, semuanya kita belajar..kalau korang xnak belajar medik pun, and korang nak jadi surirumah sepanjang masa ke..korang still kena belajar...conthnya kan..seorang surirumah ni,, dia mesti kena belajar cara nak masak, nak kemas2 rumah macammane..nak jaga anak macam mana..and macam2 lagi laa.. but the main point is "BELAJAR"..

SO..FIKIR2KANLAH YE!! 

even kalau korang bertanya WHY DO WE NEED TO READ AL-QURAN, EVEN WE CAN UNDERSTAND =D ARABIC..??



ada satu kisah yang akan menjawab persoalan ni... 
{teruskan skroll ke bawah ye}

terdapat seorang lelaki tua yang tinggal di sebuah ladang di KENTUCKY, US dengan seorang cucunya. Setiap hari si datuk ini akan membaca al-quran di dapur.dan cucunya akan mengikut perbuatan datuknya itu.

Suatu hari.si cucu bertanya kepada datuknya," Atuk, saya baca Quran tapi xfahamlah maksudnya..kalau faham pun, saya akan lupa bila tutup Quran.jadi, apa gunanya kita baca Quran ni? "

Si datuk lalu berpaling sebentar dan mendapatkan sebuah bakul yang kotor kerana diisi arang sebelumnya.

" Nah, kau pergi ke sungai, bawak air dalam bakul ni." si cucu pun as ke sungai yang berhampiran dengan rumah mereka di ladang. Apabila pulang, tiada lagi air yang tinggal.

"kau lambat sangat. cuba lari laju2 sikit". SI cucu berlari ke sungai dan apabila sampai di hadapan datuknya, tiada juga air yang tinggal.

'Tak boleh la atuk'. cuba sekali lagi. kali ni si atuknya melihat dari pintu. Si cucu pun cepat2 ke sungai dan berlari membawa bakul untuk ditunjuk kepada atuknya. "Nampak tak atuk? tak bleh lah."

"tak ade gunanya" bentak si cucu."

Si datuk pun berKATA," Jadi kau rasa xbergunalah? cuba kau tngok bakul tu".
Speperti baru tersedar, si cucu baru perasan yang bakul yang kotor tadi, kini sudah  bersih.

terus si datuk menyambung," Macam itulah dengan membaca al-Quran, walaupun tidak memahami maksudnya.tetapi ia tetap membersihkan si pembacanya,itu semua dengan kehendak ALLAH.Kerja ALLAH.."

p/s :SUBHANALLAH.tersentak saya bila terbaca artikel berkenaan yang sebelum ini kita sering sahaja memberi alasan nak tunggu faham Al-Quran baru hendak membacanya selalu...ambil iktibar dari cerita di atas. semoga bermanfaat hendaknya :)

Wednesday, May 18, 2011

berilah KEKUATAN dalam diriku. YA ALLAH..ya rabb

rasa lemah atau down  kadangkala menyapa diri ini..
Ujian-ujian yang datang bertimpa-timpa, kadang kala membuatkan kita rebah dan tersungkur. Kadangkala, cukup satu ujian yang menerpa. Namun, beratnya sudah cukup membuat kita hilang arah.
Jika kita berjaya bangun, dan kembali menyusun langkah, ALHAMDULILLAH.

Namun, kadang-kadang kejatuhan yang kita alami itu seakan-akan melenyapkan segala daya dan tenaga kita yang masih bersisa hilang entah ke mana,

"Saya percaya, menyuruh orang bersabar tatkala diuji itu jauh lebih mudah, berbanding diri sendiri yang menghadapinya."

 Memang tidak dapat dinafikan. Saya sndiri pun pernah berada dalam keadaan itu. Di kala, kata-kata motivasi yang kita sering laung-laungkan kepada orang lain juga ada masanya seakan tidak punya kesan terhadap diri. 

Bangkitlah wahai manusia..jgn biarkan dirimu hanyut..

 melalui surah al-Asr.. kata-kata tulus itu jualah yang menyembuhkan semangat diri.
Namun bukan itu yang saya mahu sentuh di sini.

please..do motivate ur self,,

 bersangka baik kepada Allah dalam apa jua perkara. Bersangka baiklah. Yakinlah, Dia tidak menciptakan sesuatu ujian atau bencana itu, hanya dengan sia-sia. Pasti terdapat hikmah di sebalik peristiwa yang menimpa.
“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – [Surah Al-Baqarah, 2: 216]

 Allah itu sentiasa bersama mereka yang sabar..Insyaallah,, kesabaran itu pasti akan membuahkan hasil yang bermanfaat. Agar kemudiannya kita merenung kembali hikmah yang Dia susunkan itu, sambil tersenyum.

Kesilapan kita. Ada masa kita silap. Kita rasakan yang kita ini sudah cukup kuat, bagaikan kita ini telah kebal dari sebarang titik-titik kelemahan. Kita rasakan bahawa kita mampu berdiri sendiri sehinggakan kita fikir semua ujian yang datang kepada kita itu, mampu untuk kita selesaikan seorang diri. INI BUKAN BERDIKARI ~~

“Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah.” – [Surah An-Nisa', 4: 32]
Manusia itu sifatnya tidak akan mampu berdiri dengan sendirinya; jika tidak dia memperoleh kekuatan itu dari Allah.
Bukankah ujian itu datangnya dari Allah? Maka, kepada siapa lagi harus kita kembalikan jika tidak kepada Dia Yang Maha Kuasa?
Namun, silapnya pada kita. Kita sering menyombongkan diri untuk bersimpuh memohon pertolonganNya. Kita merasakan diri kita sudah lengkap sempurna. Kuat, berkuasa. Sedangkan hakikatnya, kita sedikit tidak punya daya jika Dia tidak mengizinkannya.


Muhasabah Diri

arghh..tensen..tensen..


Manusia jarang mahu bermuhasabah diri. andai kata  disentap dengan ujian yang berat barulah wujud saat mereka kembali berfikir apakah salah silap mereka selama ini. Itupun jikalau mereka sedar.

 Namun, tatkala kita diuji dengan sedemikian rupa, barulah kita bersegara kembali mencariNya. Sungguh-sungguh kita mohon padaNya agar dipermudahkan segala kesulitan yang ada. Sedang selama ini, hendak mengingatiNya sebentar pun terasa berat...lagi2 bila diberikan nikmat drpd NYA....

Astagfirullah, hamba jenis apakah kita ini?
“Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdo’a kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan.” – [Surah Yunus, 10: 12]
Bersangka baiklah kepada Allah atas ujian yang menimpa kita. Dia mahu kita kembali kepadaNya. Dia mahu kita selamat di ‘sana’. Dia mahu kita merenung sebentar dan bermuhasabah kembali. jawablah dengan hati anda..


Yakinlah Janji Allah Itu Benar

sebagai seorang khalifah;
Wajar shja kita bersedih tatkala diuji, krn ianya adalah lumrah utk seorang yang bergelar manusia. Namun, amatlah tidak wajar untuk kita merasa kecewa dan berputus asa dan memanjangkan kesedihan yang dirasa.

Nabi Muhamad juga merasa sedih dengan pemergian Siti Khadijah, tetapi baginda tidak memanjangkan kesedihan itu.
... Ia adalah atas keyakinan kita bahawa Allah itu Tuhan yang menciptakan segala.
Memperhambakan diri kepadaNya merupakan tujuan hidup kita. Dan pasti, Dia tidak menciptakan sesuatu sia-sia, melainkan ada hikmahnya..
” … Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” – [Surah At-Talaq, 65: 2-3]

wallahuaa'lam..

sumber: akuislam.com

Saturday, May 7, 2011

m0m..i love u xD

ibu? umi? mak? mama? bonda??
walaupun pelbagai gelaran yang diberikan mngikut gaya sndiri..
namun, smuanya memberikan erti yang sama..

IBU ialah orang yang melahirkan seseorang..
hargai ibu anda selagi mereka masih ada :)

ni kisah NILAI KASIH IBU..

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu.

Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

Tolong pergi kedai $4.00

Tolong jaga adik $4.00

Tolong buang sampah $1.00

Tolong kemas bilik $2.00

Tolong siram bunga $3.00

Tolong sapu sampah $3.00

Jumlah : $17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu".

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada muka surat yang ditulisnya.

p/s: ahhaa~~ korang smua msti prnah je mintak upah dgn ibu korang kan..fikir2kanlah


" MY Super Mom


Mom, you're a wonderful mother,
So gentle, yet so strong.
The many ways you show you care
Always make me feel I belong.

You're patient when I'm foolish;
You give guidance when I ask;
It seems you can do most anything;
You're the master of every task.

You're a dependable source of comfort;
You're my cushion when I fall.
You help in times of trouble;
You support me whenever I call.

I love you more than you know;
You have my total respect.
If I had my choice of mothers,
You'd be the one I'd select!


i love both of u..