Wednesday, September 1, 2010

freiNDs..


"Gelagat manusia itu lucu, bisa berubah mengikut waktu". Maksudku mudah. Bukanlah tatkala waktu itu berubah, Sang Insan berubah. Namun, dengan perubahan masa itu, manusia bisa bertukar darinya yang dulu seorang yang ceria kepada seorang insan yang sering gundah gulana. Mengertikah manusia ini yang sebenarnya dunia ini bukanlah hanya didiami kau sahaja. Sahabat rakan dan juga teman, pendengar setia peneman bicara. Apa semua itu hanya kata-kata? kata2 mainan di mulut??

Aku juga manusia biasa. Aku bernafas seperti kamu, bukan dengan kulit mahupun insang. Hidung ini lah yang membantuku menyedut udara kotor, berhabuk tetapi bertujuan membuat paru-paruku berfungsi membekalkan oksigen untuk tubuhku. Tapi, pemikiranku agak lain. Aku melihat sesuatu mungkin dari sudut yang kadang Kau tak sedar akan kewujudannya. Kata orang barat,
when life gives you lemons, you make lemonade. Ada hikmahnya sesuatu itu berlaku. Dan ketika Kau memutuskan bahawa dunia xlagi menyiksakan, maka dengan itu kehidupan kau kan lebih bahgia, mulia dan penuh bermakna.

"Manusia diciptakan dengan berbagai-bagai rupa dan character...Tetapi disebabkan character setiap seorang itu berbeza dan mungkin begitu complicated untuk memahami jiwa raga orang yang berkenaan, membuatkan pihak yang satu lagi ini terasa. ...Bukan tidak cuba untuk memahami. Bukan tidak memberi ruang....Bukan mementingkan si abu daripada si ali. Bukan tidak cuba bergelak ketawa. Bukan itu. Bukan ini. Tetapi itulah yang disebutkan perangai seseorang kadang-kadang boleh membuatkan hati-hati kecil insan yang bernama manusia hancur"

Bukan. Aku bukan mentayakan perkara sia-sia. Aku bukan merepek. Cuma, aku mengatakan dengan cara yang lain. Lihatlah dunia dari sudut yang positif. Be a positive thinker. Mungkin kau tak mampu menerimanya sekarang, namun tatkala dunia mula meletakkan kau didalam sebuah balang kaca yang sekilingnya dinyalakan api kemarahan, yang ditepinya dipenuhkan dengan semua perkara yang kau benci, berhentilah seketika. Tenangkan fikiran...fikirkanlah sejenak. Apa yang kau rasa? Apa? Apa? Benar, Sekurang-kurangnya, kau di dalam balang kaca itu. As much as you hate to be in that jar, be grateful enough that you are n
ot more out there. Having to be around the things that make you even more uncomfortable. Be An Optimist! Enjoy life but live life accordingly...
before i go on crapping about more things. I might as well just stop and end it with the quote i love..."You are what you think you are and you are The Person who will get you kill or be killed."

No comments: