Tuesday, August 31, 2010

ramadHaN :)



salam..salam satu malaysia..selamat pagi..salam buat semua yg mngenali diri ini..

alhamdulillah..termasuk hari ni..31.8.2010,21 ramadhan..sedar, xsedar dah masuk 21 hari sudah kita berpuasa..tinggal lagi 9 hari..syahru ramadhan akan meninggalkan kita..bermuhasabah lah kalian..
"adakah kita masih dberi peluang utk menjalani ramadHan seterusnya??? "
“ Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan
Ramadhan.”

Kita juga bersyukur kerana malam ini kita dapat bersama dalam majlis solat terawih,
salah satu sunnah yang amat diberatkan di bulan Ramadhan. Semoga Allah memanjangkan umur kita bagi memperoleh segala keberkatan Ramadhan dan mengekalkan kita dengan iltizam dan komitment kepada solat terawih.

Rasulullah (saw) diriwayatkan sebagai bersabda ketika menjelang Ramadhan
bermaksud:
“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan ke
atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan
ditambat para syaitan, Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan.
Sesiapa yang tidak berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia
rugi.”

(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)

Pengumuman ini membayangkan bahawa kedatangan Ramadhan adalah satu peristiwa
yang amat bermakna bagi mukmin. Puasa pada siang harinya adalah salah satu syi’arnya
yang penting. Tetapi bukan itu sahaja yang terdapat di bulan ini. Adalah rugi kiranya kita terlepas dari mendapat manfaat dan keberkatan lain yang begitu banyak di dalamnya.

Rasullullah (saw) menegaskan bahawa Ramadhan bukan sahaja bulan kita berpuasa
tetapi ia datang dengan penuh keberkatan, yang mana jalan untuk beramal begitu luas
terbentang, jalan untuk mendapat pahala berlipat ganda dipermudahkan, jalan ke arah
dosa dipersempitkan. Ini merupakan pemberian Allah yang tiada-tolok bandingnya.

No comments: