Tuesday, October 19, 2010

kelebihan berd0a..

Dalam surat Albaqarah[2]:186 : “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.”

Ada 9 petuah Nabi SAW terkait doa:

  1. Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Doa di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” [3]

  2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: Allah akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka Aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan dariKu maka Aku akan mengampuninya. [4]

  3. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tiga orang yang tidak ditolak doanya, iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.” [5]

  4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat di antara hamba dan tuhanNya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.” [6]

  5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah, kerana sesungguhnya binatang tersebut melihat malaikat. Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah dari godaan syaitan, kerana binatang tersebut melihat syaitan.” [7]

  6. Ubadah Bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan: Laa ilaha illallahu wahdahu laa syarikalah Lahulmulku walahulhamdu Wahuwa \’alakulli syaiin qadiir. Alhamdulillah Wasubhanallah Wa laa ilaahaillallah Wallahu Akbar Walaa hawla Walaa quwwata Illa billah (atau lihat tulisan arabnya dibawah: Laa ilaha illallahu wahdahu laa syarikalah Lahulmulku walahulhamdu Wahuwa 'alakulli syaiin qadiir. Alhamdulillah Wasubhanallah Wa laa ilaahaillallah Wallahu Akbar Walaa hawla Walaa quwwata Illa billah) kemudian setelah itu mengatakan, “Allahummaghfirli” atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. Apabila beliau berwudhu (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.” [8]

  7. Ata Bin Abi Rabah berkata “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah Yassin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.” [9]

  8. Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.” [10]

  9. Hadith dari Abu Hurairah, “Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda, pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bilamana seorang muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.” [11]

Wallahu’alam.

2 comments:

syamtech said...

nice post.....sesuai untuk bacaan umat islam....berminat untuk bergabung dengan saya???saya pun berasal dari kota bharu,pasir tumboh...kunjungi www.syamtech.com

zhafirah nur hasya said...

salam..hey..thanxx..syukran..sbnarnya..sy ni xla pndai sgt nak post something yg mcm ni..tp klau dah terbaca..so sy share je la dgn k0rang semua..sbgai seorang muslim,kita kan bersaudara...
:)