Monday, April 11, 2011

berusaha..never give up ;)




Allah Swt telah mengajar kita melalui teladan paling istimewa yakni Muhammad bin Abdullah, Rasul kita untuk menjalani peperiksaan dan ujian seharian dalam kehidupan. Ia bermula dari bangun dari tidur, sehingga kita tidur semula. Begitu sehari-hari hingga kita akan menemui Allah swt.

Ujian-ujian ini akan membezakan manusia dengan pelbagai tahap. Anugerahnya hanya ada dua di akhir peperiksaan nanti, neraka ataupun syurga. Sudah tentu yang meletakkan matlamatnya syurga akan berusaha menjadikan kehidupan sehari-hari sebagai kehidupan bakal penghuni syurga. InsyaAllah. Bertaqwalah kepada Allah. Cintailah Pemilik Syurga.

وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰٓ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَفَتَحۡنَا عَلَيۡہِم بَرَكَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذۡنَـٰهُم بِمَا ڪَانُواْ يَكۡسِبُونَ
"Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan."
(Surah Al-A'raf 7: Ayat ke 96)

SELAMAT MAJU JAYA :)

No comments: