Thursday, April 14, 2011

wanita yg menutup aurat itu lebih MULIA..


Islam mewajibkan umatnya menutup aurat..seperti mana yang telah diterangkan di dalam kitab al-quran...surah AN-NUR ayat 31;

"Dan katakanah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (dari memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan anggota perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya"

ape gunanya membaca ayat2 al-quran atas dasar hanya utk memenuhi segala perintah ALLAH, namun penelitian terhadap ayat tersebut langsung tidak dipedulikan....masyaallah~~
nak share skit pasal suatu kisah, kisahnya adlah spt dibawah :)
hope u enjoyy~~ :)

Pernah terjadi suatu kisah yang menceritakan tentang seorang gadis bukan Islam yang sangat terpikat dan mengagumi Islam. Dia juga sudah boleh memahami dan menerima segala-galanya tentang Islam kecuali satu perkara.

Mengapa wanita Islam mesti menutup aurat terutama memakai tudung?

Sudah banyak orang yang ditanya oleh gadis itu termasuk ustaz-ustaz dan orang Islam lainnya. Namun dia masih belum dapat berpuas hati dengan jawapan-jawapan mereka semua.

Pada suatu hari, kawan gadis itu telah membawanya berjumpa dengan seorang ustaz pula. Pada mulaya dia agak keberatan.

“Rasanya, sama sahaja jawapan daripada ustaz-ustaz itu. Tidak payahlah kita pergi membuang masa kita dengan menemui mereka.”

Kawannya yang sudah Islam itu terus memujuk, “Cubalah dahulu sahabat, bukan salah kita mencuba. Thomas Edison dan Kapten Fried juga hanya berjaya setelah ribuan kali percubaannya.”

“Tapi ini soal agama. Aku yakin Tuhan punyai sebab mengapa hanya wanita Islam sahaja yang diperlukan menutup keseluruhan badan kecuali wajah dan kedua tapak tangan. Manakala aurat lelaki hanya dari pusat ke lutut. Pasti ada sebabnya, tapi nampaknya orang Islam sendiri pun kurang mengerti.”

“Engkau perli aku ya?” Kawannya itu mencebik. Dia buat tidak endah. Kawannya mengalah, terus memujuk.

“Baiklah, ini yang terakhir. Kalau jawapannya kurang memuaskan hatimu, kita berhenti.” Tiada cara lain untuk memujuk sahabatnya itu melainkan melafazkan janji sebegitu.

Mereka berdua pergi berjumpa dengan ustaz tersebut.

“Maaf ustaz, inilah sahabat yang saya maksudkan tempoh hari. Alhamdulillah dia sudah mempercayai tentang Islam dan isinya. Cuma yang menyekat dirinya daripada melafazkan syahadah ialah kerana dia tidak dapat menerima alasan mengapa Islam menyuruh penganut wanitanya menutup aurat.”

Ustaz muda yang berjanggut sejemput itu tersenyum. Seakan faham dia pada masalah yang menjadi halangan kepada gadis itu.

Sejurus kemudian dia bersuara kepada gadis itu.

“Boleh saya bertanyakan beberapa persoalan dan awak jawab dengan sejujur mungkin?”

“Boleh, tidak ada masalah.” Tingkah si gadis.

“Baiklah, kamu pernah ke pasaraya?”

“Pernah.”

“Pernah masuk ke kedai emas?”

“Pernah.”

“Pernah ke pasar malam?”

“Pernah.”

Ustaz muda itu terdiam sejenak. Lantas menyambung kembali persoalannya.

“Baik, antara tempat-tempat yang saya nyatakan tadi di manakah dipamerkan atau dijual batu permata, intan berlian, emas perak yang mahal-mahal harganya?”

“Tentu sahaja di kedai emas.”

“Bagaimana keadaannya?”

“Diletakkan di para yang cantik untuk pameran, dilindungi cermin yang kukuh dan kalis peluru untuk mengelak dari dikhianati. Bahkan mungkin tersimpan di dalam peti besi bagi tujuan keselamatannya dan hanya boleh dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja.”

“Bagaimana pula dengan barangan kemas dari jenis yang sama namun barangan tiruan. Di manakah tempat mereka?”

“Jika yang sebegitu, mudah sahaja dijumpai di tepi-tepi jalan, malah sentiasa terdedah dan tidak ada yang sudi mencurinya kerana kemurahannya itu.”

Mata sahabat gadis itu bersinar, “Ada harapan,” katanya di dalam hati.

Ustaz tersebut segera menerangkan maksud analogi itu.

“Begitulah juga Islam yang sentiasa meletakkan wanita di tempat yang tinggi dan perlu sentiasa terjaga. Kewajipan menutup aurat adalah kerana tubuh badan seorang wanita itu adalah sangat berharga dan suci, mana mungkin kemuliaan dan kesucian seorang wanita itu dipamerkan kepada manusia yang tidak sepatutnya? Ibarat emas permata, intan berlian yang sentiasa terjaga dan dilindungi malah diletakkan di dalam bekas yang cantik dan selamat.”

Gadis berdua itu terpana. Jelas, terang lagi bersuluh. Sahabatnya tidak putus mengucapkan syukur.

Dia berkata, “Jika begitu ustaz, mereka yang tidak menutup aurat ibarat barangan murahan yang dapat dijumpai di tepian jalan, boleh dipegang sesuka hati malah harga sangat murah? Jika begitu, benarlah suruhan Allah untuk wanita menutup aurat sepertimana yang termaktub dalam surah an-Nur ayat ke-31.”

Ustaz itu hanya tersenyum sambil mengangguk.

Dan si gadis itu berkata dengan lancar dan tenang, “Tiada Tuhan melainkan Allah, nabi Muhammad pesuruh Allah.”

Semua melafazkan syukur~

Monday, April 11, 2011

berusaha..never give up ;)




Allah Swt telah mengajar kita melalui teladan paling istimewa yakni Muhammad bin Abdullah, Rasul kita untuk menjalani peperiksaan dan ujian seharian dalam kehidupan. Ia bermula dari bangun dari tidur, sehingga kita tidur semula. Begitu sehari-hari hingga kita akan menemui Allah swt.

Ujian-ujian ini akan membezakan manusia dengan pelbagai tahap. Anugerahnya hanya ada dua di akhir peperiksaan nanti, neraka ataupun syurga. Sudah tentu yang meletakkan matlamatnya syurga akan berusaha menjadikan kehidupan sehari-hari sebagai kehidupan bakal penghuni syurga. InsyaAllah. Bertaqwalah kepada Allah. Cintailah Pemilik Syurga.

وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰٓ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَفَتَحۡنَا عَلَيۡہِم بَرَكَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذۡنَـٰهُم بِمَا ڪَانُواْ يَكۡسِبُونَ
"Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan."
(Surah Al-A'raf 7: Ayat ke 96)

SELAMAT MAJU JAYA :)

Thursday, March 31, 2011


.
For me life is continuously being hungry. The meaning of life is not simply to exist, to survive, but to move ahead, to go up, to achieve, to conquer...
Patience is bitter, but its fruit is sweet..

Allah SWT akan mencintai orang-orang yang sabar. Dalam surat Ali Imran (3: 146) Allah SWT berfirman : "Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar.
Ertinya Allah SWT sentiasa akan menyertai hamba-hamba-Nya yang sabar....


"Only the weak are cruel...."
"A single twig breaks, but the bundle of twigs is strong."

You have to accept whatever comes and the only important thing is that you meet it with courage and with the best that you have to give.

With the new day comes, do make a new strength and new thoughts.
As the greatest glory in living lies not in never falling, but in rising every time we fall...

Tuesday, March 29, 2011

ape-ape je~~

Assalamualaikumm wbt...

Alhamdulillah..hari ini kita masih lagi diberikan nyawa utk menghidupkan tubuh2 kaku kita..syukur sekali ye!! Almaklumlah..tubuh n nyawa kita hanya pinjaman semata2..ibarat kita meminjam buku kat library lah..smpai masanya.kita tetap kena pulangkan bku tersebut kembali kat library tu kan..

S0, macam mane skrang..? sihat ke semua ( blogger2,stalker2,teman2)..? izayyik..??.. andai kata smuanya sihat, alhamdulillah~~

Dah lame ye sy tak “up-t0-date” kan blog sy ye!! Hik3..xsempatlah~~ hmm..bnyak sgt bnda yg nak kna buat..nak share pasal ape ye hri ni..agak2 ape bnda ek yg best nak kongsi same2..??? h0w about dis..??

LOVE..??

Ape yg korang fikir,, klau sy bgtau ramai sgt rmaja2 skrang ni “fall in love”..senang cite.. “jatuh cinta”..

Cinta mereka jatuh ke..?? ke..dia jatuh terjelepuk sbb tersepak aka terlanggar cinta..?? CINTA tu batu ke..?? pokok..? hantu mak limah ke..?? bahaya ke jatuh cinta..??

Berseloroh plak cik zhafirah ni kan..??..haha...sbnarnya..point kat sini juz nak bgtau..kbnyakan rmaja2 skrang ni dah jatuh cinta..kalau korang xtau ape maknanya cinta..korang tanye lah pd yg pakar ye~~

Manusia sekarang..jatuh cinta..pd sesama manusia... tapi.. adakah mereka sudah jatuh cinta pd PENCIPTAnya..??.. pelik kan..?? sudah merana disebabkan cinta lama..tp..masih mencuba utk mencari cinta baru..n then merana lagi..n then cari lagi..n so on ^,^...xpenat ke diorang ni .. >,<.. alahai..lemahnya cinta kita kan..

Kalau korang ber”CINTA” dgn yg MAHA BERKUASA kan lebih baik.. xperlu lg nak gaduh2..nak bertengkar.. nak jealous2..sbb CINTA korang yg satu ini akan kekal selamanya dgn anda.. lagi2 korang akan ada surat cinta yang lebih MULIA dr segalanya, iaitu AL-QURAN.. jelas didalamnya menyatakan segalanya.. andai kata anda membaca surat cinta ini beserta maknanya..anda akan lebih merasai rapatnya anda dgn CINTA anda..

TAPI..lain plak jadinya kalau korang duk tenung surat cinta dr bf or gf korang.. klau sweet..sweet lah..tp kalau bitter..?? bitter lah kan..?? haha... menangis xberlagu lah~~ wat habis je air mata dalam tangki air mata korang..tak de manfaat langsung ..

TAPI sy sndiri nak tanye korang2 semua lah kan..pernah x..korang menangis sebab korang rase diri anda kerdil ketika mengucap ayat2 AL-QURAN; surat cinta yg teragung..?? fikir2 kanlah..

p/s: hanya peringatan utk diri sndiri n kawan2 yg sy syangi..mintak maaf ye..andai kata terkasar bahasa, tersalah bicara.. sama2 lah kita muhasabah diri

Saturday, March 12, 2011

m0od melayang..


I'm like a shadow. I'm always here to accompany you every step of the way.

But do you know the difference between a shadow and me? I'd still be here

even if there's no light to shine anymore"~

haha :D


Thursday, March 10, 2011

:)

Alhamdulillah..akhirnya aku n kwn2 selamat sampai ke mesir..

mulai detik ini,saat ini, minit ini..aku akan tanamkan balik smangat baru dlm diri aku...aku nak study betol2..final exam dah xlame..aiyooyoo~~
walaupun kami dah cuti sbulan disebabkan protes besar2an oleh egyptian..namun..
final exam kami tetap pada tarikh asalnya..
memndangkan bnyak sgt exam2 yg akan dihadapi..jd
kami dah xboleh nak maen2 lg..huhu

practical exam,,oral exam..
n written exam..fuuhh~~
smuanya dalam mase 4 bulan..

DOAKAN KAMI BERJAYA!!
amiin..insyaallah~~

( now... it's time to start study hard n also study smart )