- alhamdulillah..post kali ni,,ana akn lebih 'concentrate'kan mengenai EXAM~~
- 1. Melakukan ulang kaji bagi topik-topik yang penting.
- 2. Tidur yang mencukupi.
- 3. Menjaga kesihatan diri.
- 4. Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat.
- 5. Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyanghajat .
- 6. Membuat dan membaca nota-nota ringkas.
- 7. Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.
- 8. Beriada
- h dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang cergas akan meransang kecerdasan otak.
- 9. Meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru.
- 10. Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.
- 11Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.
- 12. Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar
- Pertama : Tekankan ape yang lecturer kata masuk final; kumpulkan tips tips dari kawan kawan supaya nampak scope tu lebih kecil, mudah kiter nak target. jangan buat endah xendah sudah laa~~
- Kedua : Jangan study jap bab tu jap bab ni. klau korang stdy mcm ni,,alamak~~ia akn menyebabkan otak anda berserabut.. Mulakan dengan sepatutnya mula la k. Bila serabut, kita jadi kelamkabut, and silap jam kang hang pulak. kang klau ade org gelar mek kalut ka..apa ka..marah plak~~ hehe
- Ketiga : Mulakan dengan bab yang paling kita paham dan minat. Klau xnak study ikut turutan bab boleh study ikut yang korang minat dulu. . Bila start dengan yang mudah pressure akan kurang, mudah lah nak masuk.
- Keempat : Jangan bazir masa salin lagi nota tu,masa tak cukup!. just bincang ngan kawan buat soal jawab. Dengan cara tu korang akan lebih paham, lebih mudah nak ingat. Kalu salin balik, jawabnya masa tambah la lg tak cukup. Masa tu nyawa ,guys~~
- Kelima : Stay up setakat anda mampu,, kalu paper tu pagi. Stay up lah sampai ke pagi dan terus pergi exam...hehe..sy pernah je buat mcm tu. Maklumlah terdesak punya pasal. Tapi siang tu backuplah tidur sekejap. Takpun dalam pas magrib, or pukul 10-12 tu tido sekejap. sekejap k, jangan balun sampai esok pagi lak, tu jawabnya menangis la Balik exam, backup balik tidur tu. recharge ~~
- p/s: Amaran : tak biasa jgn buat gni
Doa memulakan ulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”
Doa selepas mengulangkaji
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”
p/s : okei!! selamat mengulangkaji buku2 stebal lihaf tdur anda semua..jgn cpt berputus asa!! chaiyy0k~~
**lihaf = selimut*** bariid awii fil lail..= sejuk sgt2 kot wktu mlm***
No comments:
Post a Comment